"

Pembaca Yang Dihargai

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulud Buat Umat Islam



Assalamualaikum...
pagi yang penuh indah & kerahmatan
12 Rabiulawal 1432H
Terimbas kembali
pada tarikh inilah kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w
dan ketika inilah tentera bergajah Abrahah cuba untuk menawan KaĆ”'bah
namun dengan kekuasaan yang Maha Esa...
Allah turunkan Burung Ababil untuk menyelamatkan Kaa'bah
kerana itulah..pada kelahiran Baginda, dikenali sebagai Tahun Gajah



                    BIODATA RASULULLAH SAW 
  • Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim 
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M 
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
  • Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim 
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf 
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  •  
  • USIA 6 TAHUN 
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib
  • Usia 25 Tahun
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-  Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa   
  • Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
  • USIA 35 TAHUN 
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
  • Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 
  • Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W
  • Khadijah Binti Khuwailid 
  • Saudah Binti Zam ' ah 
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  •  Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
  •  Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
  •  Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  •  Zainab Binti Jahsy 
  •  Maimunah Binti Harith 
  •  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' Ibu Orang Miskin)  
  • ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
  • 1. Qasim 
  • 2. Abdullah 
  • 3. Ibrahim 
  • 4. Zainab 
  • 5. Ruqaiyah 
  • 6. Ummi Kalthum 
  • 7. Fatimah Al-Zahra ' 

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." 
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


P/s Jangan lupa berselawat ke atas junjungan Rasul s.a.w






1 comments:

Redbloodsnow said...

salam maulidur rasul. hope mek x telat kok...ceaa, ngomong siottt :D